Donation

Majlis Tahlil Jamak: Doa Buat Yang Tersayang

Sempena Nisfu Syaaban, Masjid Darul Ghufran akan menganjurkan Majlis Tahlil Jamak (Doa Buat Yang Tersayang) pada Isnin, 2 Februari 2026.
Majlis akan bermula 6.45 petang.

Aturcara Majlis:
* Bacaan al-Ma’thurat & Doa
* Azan & Solat Maghrib
* Bacaan Surah Yaasin & Tahlil Arwah oleh Imam & Bilal MDG
* Azan & Solat Isyak
* Syarahan Nisfu Syaaban oleh Ustaz Muhamad Nuzhan Bin Abdul Halim

Majlis akan diadakan di dewan solat Masjid Darul Ghufran (Aras 1 Muslimin, Aras 2 Muslimah) dan juga akan disiarkan LIVE di Facebook & Youtube.

Bungkusan nasi briyani akan diagihkan selepas selesai Solat Maghrib, Solat Isyak dan Syarahan.

Sertakan nama-nama arwah untuk Majlis Tahlil Jamak ini di darulghufran.org/tahliljamak

Share